- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
- Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
28 December 2008
Amalan Sunat Bulan Muharram
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
Awal Muharram
Peristiwa-peristiwa penting:
- 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
- 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
Maal Hijrah 1430
21 December 2008
piagam
Kami staf dan waga Sek. Keb. Seri Perlis berikrar dan berjanji:
- Sentiasa melaksanakan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Perlis;
- Sentiasa memberi layanan yang mesra, sopan dan bertanggongjawab kepada setiap pelanggan;
- Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dengan berkesan kepada semua anak-anak didik;
- Akan mewujudkan suasana sekolah yang selesa, indah, bersih dan selamat; dan
- Sentiasa mementingkan kecemerlangan dari aspek akademik, agama, sahsiah dan kokurokulum.
objektif
- Merealisasikan konsep satu ketua untuk menjamin keselarasan dan penyempurnaan matlamat sekolah cemerlang;
- Mewujudkan semangat konsep satu ketua untuk menjamin keselarasan dan penyempurnaan matlamat sekolah cemerlang; dan
- Menerima murid, ibu bapa dan masyarakat sebagai pelanggan dan menyempurnakan kehendak pelanggan adalah tanggungjawab teras organisasi.
misi
- Berazam untuk wujud sebagai satu institut yang mendukung matlamat pendidikan sekolah rendah kebangsaan dengan merealisasikan segala sumber yang terdapat di sekolah.
visi
- Menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pencapaian sahsiah, akademik dan kokurikulum.
logo
- KUNING melambangkan kesetiaan dan kedaulatan kepada Raja dan Negara
- PUTIH melambangkan ketulusan hati dalam mengamalkan nilai-nilai murni berteraskan ajaran agama dalam menuntut ilmu
- BIRU melambangkan kesepaduan warga sekolah ke arah membantu insan yang berakhlak mulia dan memiliki sahsiah yang seimbang
- MERAH melambangkan semangat belajar untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan dengan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
- PADI melambangkan kemakmuran masyarakat negeri Perlis dalam mengamalkan budaya kerja yang cemerlang secara berpasukan
Sejarah sekolah
Bermula dengan nama Sekolah Melayu Perempuan Kangar yang didirikan oleh Kerajaan Negeri Perlis pada tahun Hijrah 1344 bersamaan tahun Masehi 1924. Merupakan sekolah perempuan yang kedua di Negeri Perlis selepas Sekolah Perempuan Melayu Arau.
Pada peringkat awal penubuhannya, Sekolah Melayu Perempuan Kangar dibina di Jalan Stesen sehingga tahun 1949. Kemudian berpindah pula ke Sekolah Melayu Lelaki Kangar (sebelah petang ) di Jalan Penjara iaitu tapak Jabatan Pendidikan Perlis sekarang. Keadaan ini berlarutan sehingga tahun 1953.
Pada tahun 1954, Sekolah Melayu Perempuan Kangar mulai menggunakan bangunan baru yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi iaitu tapak sekarang ini yang di waktu itu hanya terdapat sebuah bangunan sahaja. Kini telah mempunyai 7 blok semuanya.
Sekolah ini diasaskan oleh Allahyarham Che Mat bin Haji Kassim yang berpangkat Chief of Police Perlis bersama-sama dengan Allahyarham Megat Putih bin Haji Abdullah. Perasmian sekolah ini telah berlangsung pada 29 April 1954 oleh DYMM Tuanku Raja Perlis.
Antara tahun 1973 hingga 1974 , murid-murid sekolah ini telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad kerana sekolah ini dijadikan Pusat Latihan Guru dan kampus sementara Institut Teknologi Mara Cawangan Perlis.
Pada awal tahun 1975, murid-murid sekolah ini ditempatkan semula di bangunan asal iaitu di Jalan Raja Syed Alwi. Nama Sekolah Melayu Perempuan Kangar kemudiannya telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Nama ini kekal sehingga hari ini.
Pada peringkat awal penubuhannya, Sekolah Melayu Perempuan Kangar dibina di Jalan Stesen sehingga tahun 1949. Kemudian berpindah pula ke Sekolah Melayu Lelaki Kangar (sebelah petang ) di Jalan Penjara iaitu tapak Jabatan Pendidikan Perlis sekarang. Keadaan ini berlarutan sehingga tahun 1953.
Pada tahun 1954, Sekolah Melayu Perempuan Kangar mulai menggunakan bangunan baru yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi iaitu tapak sekarang ini yang di waktu itu hanya terdapat sebuah bangunan sahaja. Kini telah mempunyai 7 blok semuanya.
Sekolah ini diasaskan oleh Allahyarham Che Mat bin Haji Kassim yang berpangkat Chief of Police Perlis bersama-sama dengan Allahyarham Megat Putih bin Haji Abdullah. Perasmian sekolah ini telah berlangsung pada 29 April 1954 oleh DYMM Tuanku Raja Perlis.
Antara tahun 1973 hingga 1974 , murid-murid sekolah ini telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad kerana sekolah ini dijadikan Pusat Latihan Guru dan kampus sementara Institut Teknologi Mara Cawangan Perlis.
Pada awal tahun 1975, murid-murid sekolah ini ditempatkan semula di bangunan asal iaitu di Jalan Raja Syed Alwi. Nama Sekolah Melayu Perempuan Kangar kemudiannya telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Nama ini kekal sehingga hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)